Thursday, 30 May 2013

Coklat kek Brownies

Bahan-bahannya :

250 gm gula
250 gm butter
210 tepung gandum
50 gm serbuk koko
Baking powder
Asen Vanilla
6 biji telur
20 cm air susu cair
1 bar coklat masak.

Cara Masakan :

1 ) 2 bahan utama di atas iaitu gula dan butter diletakkan bersama dan digaul secara bersama di dalam mesin penggaul sehingga ia menjadi putih. Pada masa yang sama masukkan telur satu persatu ke dalam mesin dan akhirnya ia akan menjadi kembang.

2)Tepung dengan serbuk koko haruslah diayak bersama sehingga ia menjadi halus dan berubah menjadi warna coklat.Jangan lupa ayak bersama dengan baking powder.Pastikan ia tidak berterabur di atas lantai.Haha

3)Setelah itu,bahan yang telah diayak diletakkan secara perlahan-lahan di dalam mesin penggaul yang telah disebatikan dengan mentega,butter dan telur. Pada masa yang sama,pastikan mesin penggaul itu berjalan seiring dengan peletakan bahan yang telah diayak bagi memudahkan ia menjadi sebati. Jauhkan dari terkena air kerana poster kek akan menjadi bentat.

4)Selepas itu,masukkan asen vanilla satu penutup ke dalam mesin penggaul yang telah diletakkan bahan utama pertama dengan kedua.

5)Susu boleh dimasukkan pada akhir masakan ketika mesin bergerak.Masukkan secara perlahan-lahan. *Pelbagai jenis susu boleh digunakan misalnya Dutch Lady , HL dan lain-lain mengikut kesukaan hati.

6)Terakhir anda akan melihat satu keajaiban di mana segala bahan tadi menjadi seperti satu cecair yang berkilat dan boleh cuba untuk merasa .Jangan risau,ia tidak merbahaya bahkan ia selamat untuk dimakan.Haha.

7)Setelah siap,masukkan doh tadi ke dalam bekas dan panaskan di dalam ketuhar selama 45 minit. Pastikan ketuhar telah siap dipanaskan supaya mudah haba di dalamnya mengalir dan kek cepat masak. Jikalau,kek tidak masak,tambahkan masa agar ia naik sehingga merekah.

8)Bar masakan coklat dimasak di akhir persiapan kek bagi ia tidak cepat keras. Bar coklat tadi masukkan kedalam periuk yang terletak di atas didihan air. Coklat tadi akan serta merta menjadi cair dan gaulkannya.Masukkan sedikit susu bagi memekatkan rasanya.

9)Sejurus kek siap,hidangkan dan hiasalah dengan coklat yang telah dimasak bersama.Tambahkan seri kek tadi dengan coklat M&N yang berwarna-warni.

Kalau tidak menjadi,roger2 aku ye . Haha

*Kesimpulannya,masukkan dahulu bahan2 masakan yang basah barulah yang kering agar ia tidak bentat dan gebu.

-Selamat Mencuba - ;)